27 February 2009

dengan nama-Mu ya Allah

makin perit sakit yang aku tanggung ni...adakah kesakitan dulu akan kembali menguji tahap kesabaranku...sakit sangat....Ya Allah,sesungguhnya setiap kesakitan & keperitan yang Kau datangkan adalah kafarah terhadap dosa2 lalu yang telah kulakukan..terima kasih Ya ALLAH..namun,kumohon pada-Mu, berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini...aku tak kuat Ya ALLAH untuk menghadapinya tanpa-MU...bantulah aku Ya RABB...

26 February 2009

bismillahirrahmanirrahim

hari ni mcm2 yg rifie lalui...alhmdulillah,Dia permudahkan segala urusan rifie...hujan,sejuk...mata pun.....:)

25 February 2009

Kau Tak Pernah Jauh

Ya Allah, Bukakanlah Dadaku, Mudahkan Urusanku dan Hilangkanlah Kekakuan Pada Lidah Agar Mereka Faham Akan Perkataanku.Ya Allah! Mulakan Permulaan Hari Ini Satu Kebaikan, Pertengahannya Merupakan Kebahagian dan Penghujungnya Keuntungan. Ya Allah! Tiada Yang dapat Memberi Kebaikan Melainkan Engkau, dan Tiada Yang dapat Menolak Kejahatan Melainkan Engkau, Tiada Daya Upayaku. AMeeN...

Ya Allah...

bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..kenapa hatiku sering x keruan?

subhanallah

cemburunya masa dgn rifie...trlalu cpt ia berlalu...saban hari belum berkesempatan untuk rifie mengadap skrin laptop ni untuk menulis sesuatu di ruangan ini...syukur,masih ada waktu seketika untuk rifie coret sesuatu...mcm2 yang berlaku sepanjang minggu lepas...ayah x sihat dan sorang2 d kg, akk masuk IJN n mak dtg sini utk tengok2 kan anak2 akak, rifie pulak?...terdera rasanya perasaan ni..byk tanggungjawab yg belum terlangsai...sebak rase bile ayah keseorangan d kg n rifie xboleh balik serta-merta...& akak mengutarakan lagi satu persoalan....mcm ni nk posting jauh?Ya Allah...tunjukkanlah padaku ke mana harus aku tuju...anak bangsa manakah yang memerlukan kehadiranku?kurang 8 bulan dari sekarang aku akan ke situ menunaikan tanggungjawabku yg telah ternanti sekian lama...Kau Maha Tahu segalanya...

23 February 2009

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase/ Ulcer mulut/ Diethelm /oral paste
2. Drixoral (tablet)/ Selsema/ Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) /Mencairkan darah /Diethelm
4. Fraxiparine (injection) /Mencairkan darah /Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain …? akan diberitahu secepat mungkin.Wallahu’alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong PengarahBahagian Pembangunan Organisasi & TeknologiMaklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 samb. 223

Kisah Perempuan Miskin, Lembu Tua Dan Gaza


Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

ImageDengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

ImageJusteru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm


(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)


Oleh Azamin Amin

22 February 2009

Doa Dari Hadis Sohih

khusus buat wanita...
ini merupakan doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

di sebutkan juga doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

diutarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, disertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w. :

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Oleh Zaharuddin Abd Rahman
untuk lebih lanjut sila layari http://www.zaharuddin.net/

Yahudi Laknatullah...

Senarai Kekejaman Tentera Yahudi
Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakanbangsa Palestin - sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel…

1. KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekaskerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.

2. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksudmaterialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya - segi tiga betul dan terbalik -membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

3. YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untukmereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

4. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamatmenguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

5. KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion yangmengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

6. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yangdirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

7. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsalain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikanpelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain.

8. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lainterutama Islam.

9. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy’ia, Armia, Zakaria dan Yahya.Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.

10. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukankekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.Antara yang diselewengkan: “Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan’an dan tidak akan memberi kehidupan pada merekawalaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu punmilik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim.Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:“Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat.Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar danusaha menjaganya terus menerus dan abadi”.

11. DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telahmelancarkan operasi ’sapu bersih’ ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikannegara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

- 13 Disember 1947 - Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionisyang dibina pada 1878)diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.
- 1 Januari 1948 - kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.
- 9 - 10 April 1948 - dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam danwanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.
- 11 Julai 1948 - Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjayamenawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang,perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.
- 15 - 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel yang mati dalam koma.
-Dec - 18 Dec 2008 : Perang ke atas Gaza, lebih 1300 orang syahid dan 7000 lagi cedera parah dalam konflik berdarah menentang Pergerakkan Pejuang Hamas dan Briged Izzudin al Qassam.
Ikuti perkembangan Palestin di www.palestinkini.co.cc
Wassalam.

alhamdulillah




syukur, rifie jaga hari ni dalam keadaan sihat wal afiat...semoga masih ada ruang buat rifie untuk menghirup udara segar sebegini buat keesokan hari juga...

teringat minggu lepas kat Darul Putri, waktu kursus Kejurulatihan Fc...En Darus ingatkan bahawasanya kita selalu sgt tak hargai masa yang terluang dalam hidup kita seharian, walaupun seminit yang terluang kita tidak mengisinya dengan sebaik mungkin. contohnya masa kita tunggu tren nak pergi ke tempat kerja,sambil menunggu tren tiada apa yang kita lakukan sedangkan banyak sangat masa yang terluang waktu tu...cuba kita ucap "astaghfirullah" dalam seminit berapa kali lafaz itu yang dapat kita sebut...150 kali...subhanallah...banyaknya..itu baru seminit belum 10 minit @ setengah jam...banyak manfaat yang kita peroleh...betul kata beliau dan sejak tu rifie dh peroleh satu ilmu baru yang akan rifie manfaatkan sebaik mungkin...insyaAllah...

21 February 2009

"cinta terlarang"

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-”

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’ Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya… Amin: assalamualaikum wbt. Wani: wsalam… Amin: apa khabar? sihat? iman baik? Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak? Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week… Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit… Wani: wah, rajinnya… baguslah! Amin: hurm… Amin: study macam mana? Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack. Amin: oic… Amin: takpe, study rajin2 ye.. Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… Amin: hurm… Wani: apa dia? tanya la… sila2.. Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang? Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan? Wani: so, statusnya kawan je la… Amin: hurm… Wani: erh, tak betul ke? Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya… Wani: jadi… Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah… Amin: sbb…… Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru… Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku… Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’… Amin: huh… Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat… Amin: kononya Islamik… Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik… Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh.. Amin: hurm….. Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah… Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi… Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat… Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan… Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah… Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas…. Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah… Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga. Wani: wassalam. Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu. “Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani turun…”

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta...

wadah terbina...mengisi secangkir rasa...


Ayat-Ayat Cinta ...
Desir pasir di padang tandus..Segersang pemikiran hati..Terkisah ku di antara cinta yang rumit..Bila keyakinanku datang..Kasih bukan sekadar cinta..Pengorbanan cinta yang agung..Kupertaruhkan..Maafkan bila ku tak sempurna..Cinta ini tak mungkin ku cegah..Ayat-ayat cinta bercerita..Cintaku padaMu..Bila bahagia mulai menyentuh..Seakan ku bisa hidup lebih lama..Namun harus ku tinggalkan cinta..KETIKA KU BERSUJUD..Bila keyakinanku datang..Kasih bukan sekadar cinta..Pengorbanan cinta yang agung...Ku pertaruhkan

20 February 2009

salam permulaan

assalamualaikum...alhamdulillah,terbina jg blog ni akhirnya..act ni kali ke-2 rifie create blog,yg lepas tu rifie jrng sgt update smp dh xtahu dh pe jd ngn blog tu...rifie hrp kali ni rifie istiqamah laa:)

di kesempatan ni,rifie teringin sgt nk kngsi sikit psl keresahan yg rifie tanggung ni...hati rifie x tenang,slalu je rase gundah,xtahu nape...mungkin sbb rifie slalu buat dosa,rifie langgar kata2 Dia..rifie x minta ampun pada Dia...mana nk tenang jiwa & hati rifie..kan...Ya Allah...hamba-Mu ini terlalu hina..ampunilah segala apa yang telah aku lakukan Ya Allah andai segalanya melampaui segala yang sepatutnya seorang hamba lakukan..aku mohon Ya Allah,kembalikan semula sebuah ketenangan utkku...walau secangkir cuma..

doa rifie setiap kali raup muka lps solat..moga Dia sudi perkenankan..."Aku bersaksi Ya Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang..Ya Allah, hilangkanlah daripadaku rasa bimbang, gelisah dan kesedihan..ameen Ya Rabbal 'Alamin...."

19 February 2009

salam permulaan

assalamualaikum...

"Ya Allah,aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Ya Allah,hilangkanlah daripadaku rasa bimbang, gelisah dan kesedihan..ameen...Ya Rabbal 'Alamin"

kucari damai di hati