29 April 2009

perjalanan hidup penuh mehnah

alhamdulillah...berakhir sudah kursus kepimpinan di Teluk Batik Resort...banyak pengalaman yang diperoleh..suka..manis...x kurang juga yang duka & tidak menggembirakan...itulah dugaan buat aku....'cahaya pemimpin'...jam 11.40 malam...tiba di institut...sepatutnya petang tadi dh sampai..tapi kekalutan yang dibuat sendiri oleh driver bas membuatkan seluruh perjalanan tergendala....kerana mereka juga..ustaz; pensyarah pengiring yang selama ni rifie blum pernah tengok dia tinggikan suara,turut menunjukkan kemarahan dengan sikap pemandu2 ini...tak tahu silapnya di mana sehingga mereka bersikap tidak bertanggungjawab seperti ini....!! rifie hanya mampu membantu dari jauh..merisik barisan JPP agar membawa perkara ini kepada pihak atasan..moga2 perkara sebegini tidak berulang lagi....sampai bilik..rifie ngemas2 barang,mandi....n tidur....
esoknye...tiada apa yang boleh dibuat..kerja2 utk MQA, tiada yang ada untuk dibantu...sorang lecturer call n cakap rifie ada tugas pada hari khamis nnt di bawah seliaan sorang pensyarah yang lain...huh!! bertambah lagi satu tugasan..x ngape...rifie suke :)
petangnye...badan rasa lesu sgt..pukul 3 nnt ada prjumpaan rumah sukan..rifie ingat nk lelap kejap..sedar2 dh pukul 4 & rifie x mampu nak angkat kepala pon..rifie msg ketua rumah n timbln..cakap yg kepala rifie pusing...deorg suruh rifie rehat...n rifie janji malam nnt rifie akan bantu same...
malamnye...lepas isya' rifie pergi khemah rumah hijau..tolong hias rumah..mcm2 kene buat...itu ini...sana sini....mmg penat..rasa tak berdaya sgt..akhirnye..jam 1.45 pagi,rifie & kawan terpaksa naik jugak even banyak yang blum setel...kate salah sorng senior kat situ..'x elok anak dara berembun'..hehe..mmg elok jg kene stop...mmg rifie x laaaaaaaarat sgt2...
pagi esoknye....atau pagi tadi..6.59 pagi rifie dh turun padang ngn kawan...smpai khemah,kami setelkan pe yang patut..then 7.30 pagi..bermulala semua acara yang dipertandingkan...
alhamdulillah..berkat usaha gigih kami semua,rumah sukan rifie diiktiraf sebagai pemenang perbarisan n khemah terbaik...syukur...segala yang diusahakan bukan suatu yang sia-sia...mungkin berkat keikhlasan n kerjasama yang hanya diberikan oleh individu tertentu...terima kasih ya Allah...tak terase sgt penat yang ditanggung..3.30 petang baru blk bilik..
petangnye...rifie dapat panggilan dr sorang pnsyarah lagi..minta rifie setelkan satu tugasan...huh!!mmg kuat dugaan untuk kali ini...sebenarnye,rifie dh rancang ngn kawan nk pergi umah k.lina,sorang akk yg kitorg penah kenal..dh lame janji nk pergi..tp ada je aral...
xlame tu jugak,akak call ajak balik kg n ofcourse rifie terus setuju...hmmm,bersusun agenda..mana satu ye yang perlu didahulukan....so, terpaksa la cancel lagi pergi umah k.lina:(
ya Allah...segala bebanan yang Kau berikan...setimpal untuk setiap hamba-Mu..tetapi, entah mengapa aku merasakan yang aku tidak muat untuk menggendongnya..justeru, aku mohon pada-Mu..kuatkan semangatku...tabahkan hatiku..moga aku kuat dalam menempuh segala mehnah-Mu..ameen....

25 April 2009

moga selamat

12.00 tengahari...perjalanan ke destinasi bermula..moga selamat pergi dan kembali semula ke sini....

24 April 2009

LOVE EVERYWHERE...tapi..satu pun tiada buatku
































hadirlah cinta...cinta utama...




dugaan bertimpa

salam..td rifie terima lagi satu berita yang bisa buat hati rifie kembali gelisah....
ntahla...dugaan bertimpa-timpa..moga rifie dikuatkan semangat & tabah menghadapinya...


esok tengahari bertolak ke lumut...moga perjalanan kami dirahmati-Nya...

23 April 2009

Panduan Mengkhusyukkan SOLAT

1) Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran.

2) Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud.

3) Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.

3) Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang.

4) Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

5) Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang.

6) Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih.

7) Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.

8) Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir.

9) Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu.

10) Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat.

11) Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.

12) Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya.

13) Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanyA.

14) Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih.

22 April 2009

KUTAHU....KAU TAK PERNAH JAUH

dengan nama-Mu Ya Allah...

kawan2 semua sbuk cakap tentang result exam...cgpa dh de kt myLMS...rifie pon bukak jugak..berdebar sgt tengok result tu....

betul yg rifie telah..result makin merudum...so efek kt pngk rifie...:( sedih sgt2....rifie dh usaha..cuba sebaik mungkin..mybe rifie tak jaga hubungan yg baik dgn Dia...dan ini adalah peringatan dari Dia...

insyaAllah..2 sem terakhir ni rifie akan cuba sedaya upaya....Ya Allah..Kau restuilah perjalanan aku dalam menuntut ilmu ini...ameen...

"JIKA KAU MEMANDANG SEGALANYA DARI ALLAH, YANG MENCIPTA SEGALANYA,YANG MENIMPAKAN UJIAN, YANG MENJADIKAN HATIMU SAKIT, YANG MEMBUATKAN KEINGINANMU TERHALANG, DAN YANG MENYUSAHKAN HIDUPMU...MASAKAN DIA SENGAJA MENTAKDIRKAN SEGALANYA UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA....BUKAN DIA TAK TAHU BETAPA DERITANYA HIDUPMU,RETAKNYA HATIMU...TAPI ITULAH YANG DIA MAHU..KERANA DIA TAHU HATI YANG SEBEGINILAH SELALUNYA LEBIH LUNAK DAN MUDAH UNTUK AKRAB DAN DEKAT PADANYA...

Ya Allah..aku rindu pada sentuhan kasih-Mu....

21 April 2009

kutabah hadapi segala

satu demi satu tugasan x dapat rifie selesaikan..malah makin bertambah...inilah ujian...hanya sedikit dari Dia...ditentukan kepada rifie dgn harapan rifie dapat uruskan dengan sebaik mungkin 24 jam sehari yang telah diberi..insyaAllah,akan rifie lakukan dengan baik..n sebaik mungkin...

...satu tugasan yg telah rifie selesaikan...moga diberkati segala jerih payah rifie & yang lain menghasilkannya...alhamdulillah...ANNUR 2008...sentuhan terakhirku buat kenangan di bumi wakafan ini...

20 April 2009

masihkah kau ingat

assalamualaikum warahmatullah...
lama sudah rifie tak jenguk ruangan kudambahadia ni..hari tu dh brapa kali nk post sumthing..tapi xle nk sign-in..kelaka pulak...alhamdulillah...hari ni,dh boleh dah...
banyak sangat peristiwa yang berlaku hujung minggu lepas..namun,detik bahagia yang seketika yang rifie kecap..tak mungkin rifie lupakan...terima kasih Ya Allah...
minggu ni sibuk dengan KOT,assignment 2 subjek n MQA...after dat nak ngadap exam pulak...hujung minggu ni insyaAllah,p lumut..kursus kepimpinan...katne tempatnye lum tahu lagi...begitula putaran hidup seorang pelajar...moga rifie dapat bahagikan masa sebaik mungkin...ameen...

09 April 2009

KASIH-MU YANG KUDAMBA


Ya Allah...sesungguhnya...hidupku..matiku hanya untuk-Mu...

08 April 2009

JADIKAN PEDOMAN BUAT KITA

Terperangkap di pusara ibu..

"Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka." Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa." Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
"Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu." Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "
di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi "."Kenapa jadi macam tu? "saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..Jaimi memulakan ceritanya.
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang." Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak." Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis." Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu." Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya." RM 20 aja! " si gadis berkata." Tak ada," jawab ibunya." Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras." Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yangbekerja di luar.Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi." Apa pasal," Si ayah bertanya." Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku." Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil." Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat." Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap." Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah." Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi." Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus." Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan." Habis anak saya ?" tanya si bapa." Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil."
Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi." Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya." Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan." Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya." Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu." Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan." Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan danjurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

hidup terlalu banyak cabaran



kenapa setiap hari aku perlu menangisi akan nasib
yang menimpa diriku ini...? Bukankah setiap ujian yang
dititipkan oleh-Nya
kepada hamba-Nya itu setimpal dengan
kemampuannya..Mengapa aku rasa tidak
berdaya menghadapinya...Bantulah aku Ya Rabbi...

04 April 2009

dengarkan ia

SESUATU TENTANG KITA

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan -Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.Zzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi kalau tak tengok..tak ada orang nampak..line clear.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila.


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya harini..tak solat lagi ni?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


wallhua'lam.

03 April 2009

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'
Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.
Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang

SECEBIS REZEKI DIKONGSI BERSAMA

kita bersama mencari bahagia....
namun,hanya kau yang berjaya memilikinya...
aku masih di sini...
terus mendamba bahagia...

01 April 2009

buat kekasih

"Ya Allah...Ya Tuhanku..seandainya dia itu baik untukku, demi duniaku dan akhiratku, maka permudahkanlah percintaan kami dan jodohkanlah kami berdua...
seandainya dia itu tidak baik buatku, demi duniaku dan akhiratku, maka Engkau patahkanlah hatiku terhadapnya dan pisahkanlah kami berdua dengan cara yang baik...

sesungguhnya Kau Maha Tahu Ya Rabbi...apa yang terbaik buat hamba-Mu ini...

april...hari baru bulan baru

dh lama rifie x update laman ni...rase bosan pulak nk ngadap...skrg ni tgh ngadap asgmnt la..deadline dh hampir...alhamdulillah...rifie de satu je lagi yang belum setel..tapi satu tu pon..huh!!menguji kesabaran jugakla...moga dipermudahkan segala2nya...ameen

"seorang pemenang tidak pernah berhenti berusaha dan seorang yang berhenti berusaha tidak pernah menang"