29 May 2009

:)

balik kg...yea....:)

28 May 2009

alhamdulillah

syukur pada-Nya...berakhir jua sebuah ujian...

aku kini berserah..setelah sedikit usaha rifie curahkan untuk menghadapi peperiksaan kali ini..entah setimpal atau tidak...hanya itu yang rifie mampu...moga rifie masih layak untuk mendapat keputusan yang cemerlang...ameen

22 May 2009

MULIA HATI SEORANG ALIYAH

“ Aliyah, Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"Aliyah yang sedang melipat kain, terdiamseketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,sementelah TV jugadipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,Mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,bangun lantasmenuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuktidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diaturkeluarga hampir 16tahun yang lepasmenghadiahkan dia sebuah keluarga yangbahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah."Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampumemimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicaralunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia dirumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untukke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenangsayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedangmenggilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,alamatnya perang dunia meletus lahjawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.Teringat dia kisah seorang tenterayang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambahcawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat denganQis?" "Takutlah Qis, silapharibulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tuorangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abgfaham," Qistina mengalih pandangannya. Mahuapakah bakal madunya berjumpa dengannya? Diasering disogokkan dengan pelbagai cerita isteripertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hatikecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidakmengetahui ke mana Qistina pergi.Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekianlamanya dia tidak menyibukkan dirinya denganaktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majliskuliah agama. Membaca AlQuran secarabertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yangsering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, diacuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telahterjadi pada hariitu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya sepertibiasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calonmadu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inboxhensetnya. "Qisminta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampulbesar.
************ ********* ********* ********* ****************** *********
**Kepada:Asraf Mukmin,Suami tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarnacokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibukaperlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LagiMaha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, mogaredhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyahjalankan pada Qistina.Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyahseorang calon madu yang begitu cantik.Di siniAliyah kemukakan penilaian Aliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, diamemang mengalahkan Aliyah yang sudah tidaknampak bentuk badan. Baju-bajunya memangmengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyahsayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheretke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkandosa Abg sendiri pun, masih belum termampuuntuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memangpandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abganya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulahpula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudahberubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kitasekeluarga singgah di sebuah restoran westernfood, Abg muntahkan semua makanan westernfood tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikutselera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan lapula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akanmenjadi ibu padazuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan diamampu untuk mengajar anak-anak Abg nantiuntuk menjadi imam dan imamah yang beriman.Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakaitelekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkapsatu persatu,Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Inipenilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapatmembuat penilaian yang jauh lebih baikmemandangkan Abg mengenalinya lebih dariAliyah mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinanberpoligami. Telah siapAliyah tandatangan. Juga sekeping tiketpenerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abgdi Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,ambillah borang ini, isi dan pergilah kepadaQistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telahberada di sawarak. Menunggu Abg...
Aliyahsayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakanQistina masih belum cukup hebat untuk dijadikanisteri Abg, pergilah cari wanita yang setandingdenganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yanghebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaranAbg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri AliyahNajihah bersama-sama hidangan sarapan pagikegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!'Keberanian yg paling benar adalah ketetapan pd hati yg pasti.....'- NAPOLEON BONARPARTE

madu yang pahit...

sakit...

ya Allah..sakit sangat kepala ni..selalu jadi camni..exam brapa hari je lagi..

minggu lps..biras akak pergi..tak kembali...puncanye ada darah beku dalam kepala dia...act waktu hidup arwah,memang dia selalu sakit kepala..rifie sendiri pernah ngadu sakit kepala rifie pada dia n dia nyatakan dia juga alami perkara yang sama..adakah rifie akan menjejaki dia x lama lagi..rifie takut..

berat sangat kepala ni..apa yang rifie baca langsung tak lekat dalam kepala ni..Ya Allah..macam mana ni..beri aku kekuatan....

21 May 2009

exam..

ujian dunia...moga diberkati segala ilmu yg diperoleh....

14 May 2009


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.Kita adalah kawan yang baik jika kita kawan yang baik kepada kawan baik kita.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!


11 May 2009

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.
8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.
Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah.
Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca...

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbala'lamin. .

MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang

dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan

tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar

supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20

minit.


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat

menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang

dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal

boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam

air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian

dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam

selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu

menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan

pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti

lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya

selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki

sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan

hidung, selsema dan sembelit.

09 May 2009

alhamdulillah

7&8 Mei..malaysian qualification assurannce...selamat mengadakan lawatan&penilaian pada kami di sini..setelah semua pihak yang terlibat bertungkus lumus melakukan yang terbaik dan sebaik mungkin...hanya keputusan yang ditunggu...moga kegembiraan yang menjadi jawapannya...ameen...

06 May 2009

kian terasa jauh

sakit terasa bile diri tak dipeduli...sakit makin terase bile diri tak dihargai...
rifie balik kg ngn family akak...lewat malam jugak br sampai kg...then macam biasa,bila kat rumah wat keje umahla..sampai setel sume...tengahari pegi kenduri..anak murid akak punya adik kawen...seronok tengok akak yang kecik moleh tu disapa n dikelilingi oleh x-students dia...budak2 sekolah menengah kan..beso2 le...malam tu jalan2 kat taiping..pergi giant...on d way tu,pisha jatuh tersentak kat dalam pajero,luka bibir dia..budak kan..memang x boleh duduk diamla...memang patut pon penggunaan tali penggang kslmtn kat tempat duduk belakang tu..nangisla dia...jenuh jugak nak pujuk..memang sakitla kalo bibir dah tercarik camtuh..kalo rifie yang kene pon konfem jerit tak ingat dunia..hehe...
petang esoknye...pegi umah mak mertua akak..nk kenduri hari ahad esok tu..so tolongla pe yang patut..banyak jg yang setel..mmg penat..mata pon lali sangat...
ahad...kenduri kat umah mertua akak..adik ipar dia kawen..jodoh pnjang...keje x seberapa...tp boleh buat majlis semeriah camtu..ntah rifie nanti macam mane la agaknye...hujan agak lebat...tapi ramai jugak yang datang..cuma x selesa sikit la...tanah lecak kan....tp alhmdulillah,majlis berjalan lancar...cuma,rifie yang makin risau,tgk abg ipar ralit je lagi duk menolong keje kenduri kendara...mcm xnk balik KL je...rifie ni menumpang jek..so,tunggu je la dia stop keje...akhirnya,pukul 5 petang br balik umah...bersiap semua pukul 5.45 baru gerak blk cni...
dh masuk hiway,amboi banyaknye kereta...terlalula perlahan perjalanan..dengan mirul yang demam n xnak makan pe2...asyik stop je kat hentian sebab dia rase nak muntah..jenuh dah pujuk nk suapkan makan..tapi x mahu jugak dia...xtahu dah nk buat cmna..huh!! tensennye...akhirnye...11.43 malam br sampai sg. buloh...buat kptsn x pegi kuliah esok...badan pon rase lesu..demam sesema makin teruk...
10.00 pagi kua dr umah akak gerak balik ipis...2..45 ptg br sampai....prempuan tu masih dgn sikap yang sama..senyap tnpa sebarang kata...ntahla kenapa mesti jadi camni...hingga saat ni dia masih bersikap cmtuh..ntah apa pulak salah rifie kali ni...kadang tu rifie cuba abaikan perasaan ni,try 2 be positive..tapi tak boleh.entah kenapa la....hati bertambah sakit..membengkak....tunggu masa untuk meletup je....
memang hidup penuh dugaan...hnya kekuatan,ketabahan dan semangat yang perlu dikuatkan...moga Kau membuka ruang di hati ini untuk terus menikmati ketenangan yang Kau pernah kurniakan padaku...ameen...

SESUATU TENTANG HIDUNG

Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya…

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.