27 February 2010

Kunci kebahagiaan


Biarpun liku-liku hidup yang dilalui terasa begitu payah, namun jika diri benar-benar mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya, nescaya kita akan mendapat kebaikan, kebahagiaan dan ketenangan.
Namun jika kita ingkar kepada-Nya, jiwa pasti tidak tenteram walau tinggal di istana yang mewah nan megah. Ketahuilah bahawa di akhir kehidupan adalah pahit dan menderita kerana kita belum memiliki kunci kebahagiaan nan sejati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta (berbagai-bagai jenis kekayaan) yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."” (Surah al-Qashash [028], ayat 76)
Jika diteliti pengertian ayat ini, Allah SWT membela mereka agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan di dunia dan di akhirat. Ini adalah janji dan berita gembira daripada Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Allah akan menghindarkan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang kafir, godaan syaitan, keburukan diri sendiri, amal perbuatan yang jelek dan membantu meringankan beban mereka. Setiap Mukimin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti ini, sesuai dengan kadar keimanannya. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza-beza dan percayalah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 11)
Berdasarkan ayat di atas, hendaklah kita memahami bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan Allah. Apabila kita redha dengan dugaan ini, kita akan menerimanya dengan pasrah dan usahlah berputus asa berdoa agar ktia diberi kekuatan dan jalan untuk menghadapi ujian getir itu.

Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
1)Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

2)Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

3)Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

4)Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berdoa agar ditetapkan hati supaya tidak mudah condong ke arah kemungkaran dan kesesatan.

 
“….Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 8)



26 February 2010

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan



ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.






1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan


salah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan


lain-lain lagi.






2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak


dan sebagainya.






3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.






Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana.






a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan


kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan


langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda


kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan


dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan


lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat,


iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.






b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus di-


rundung malaang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga


keredhaanNya.






Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan


redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak


mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan


hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya

23 February 2010

saat yang bahagia..entah bila akan menjelma...rifie jadi makin takut nk bukak fb..melihat org lain bahagia,,hati rifie bagai dihiris2..ntah bile bahagia akan datang menjenguk rifie...

ramai kawan yang akan dan telah mendirikan istana cinta bersama insan istimewa dan pastinya hidup mereka dilimpahi bahagia...ramai juga kawan yg menuntut ilmu hingga peringkat tertinggi..tgh wat master,dh abis master,de yg dh apply phd n de yg sedang wat phd..bahagianya mereka..
tapi rifie????tiada satu pon yg boleh buat rifie bahagia...mengapa..kenapa....

11 February 2010

assalamualaikum..

hari ni byk peristiwa yg menguji tahap kesabaran rifie...rifie rase makin tertekan mengajar di sekolah tu..even dh cuba kuatkan semangat..dh cuba bersabar..entahlah..ujian tak berhenti menimpa.... :'(

10 February 2010

ANTARA PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN DOSA BESAR :
1. Syirik jali, kufur dan murtad.
2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.
3. Zina.
4. Liwat.
5. Merogol binatang.
6. Meminum minuman yang memabukkan.
7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong tangan.
8. Menuduh seseorang yang baik berzina.
9. Menjadi saksi dusta.
10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya berbuat demikian.
11. Lari daripada medan peperangan jihad.
12. Makan riba.
13. Memakan harta anak-anak yatim.
14. Mendurhaka kepada ibu bapa.
15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.
16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran, sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.
17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.
18. Bersumpah dusta.
19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran syarie.
20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.
21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau melebihkannya.
22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.
23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di benarkan oleh syarak.
24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
25. Memberi dan menerima rasuah.
26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.
27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam suatu majlis yang di tegah oleh syarak.
28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.
29. Enggan mengeluarkan zakat.
30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.
31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.
32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang lain.
33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia berkemampuan melakukan  perkara tersebut.
34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.
35. Putus asa dengan rahmat Allah.
36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.
37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi fizikal.
38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.
39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.
40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya bergaduh.
41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.

Wallahu a'lam.

09 February 2010

Mudahnya Untuk Mendapat Ganjaran ALLAH
Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan samada untuk berbuat kebaikan atau keburukan. Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, menuntut ilmu, menyebarkan seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala.
Sebaliknya, seseorang yang tidak solat, menderhakai ibubapanya, tidak amanah, menyakiti hati jiran dan rakan, mengumpat, menfitnah dan bermacam lagi perbuatan tidak bermoral lain, sudah tentu akan mengundang kemurkaan ALLAH dan berdosa.
Pilihan di tangan kita. Sangat beruntung orang yang memilih untuk membuat kebaikan. Bukan sahaja disukai oleh makhluq, malah mendapat ganjaran yang berganda-ganda dari Tuhan yang Maha Pemurah.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:“ALLAH Azza wa Jalla berfirman: Jika hambaKu hendak melakukan suatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya. Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama. Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali.” (HR Muttafaq ‘Alaih)
SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, mudahnya untuk kita mendapat pahala. Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun, sudah diberi pahala. Apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan. Berganda-ganda lagilah pahala. Susahkah?
Maha Pemurahnya ALLAH. Sayangnya DIA kepada kita. Kasihnya DIA kepada kita. DIA tidak lokek untuk mengurniakan pelbagai ganjaran kepada hambaNYA. Asalkan kita memilih untuk membuat kebaikan.
Tetapi sebaliknya, apabila kita berniat untuk melakukan perkara kejahatan, dosa hanya akan diberi jika kita melakukannya. Itulah yang telah disabdakan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
Bagi orang yang sihat imannya, hadith di atas sudah cukup memberikan harapan yang besar kepadanya untuk sentiasa membuat kebaikan. Ia cukup untuk memotivasikan diri agar sentiasa memikirkan dan mengusahakan kebaikan dalam setiap masa kehidupannya.
Ayuh muslimin sekalian, berlumba-lumbalah kita dalam mengejar pahala dan ganjaran yang bakal tersedia di akhirat nanti
Memang ALLAH subhanahu wata’ala nak beri kepada kita bermacam nikmat keseronokan di syurga nanti. Tetapi, terlebih dahulu kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba membuat kebaikan.
Hari-hari yang kita tempuhi, tersedia di hadapan peluang dan ruang untuk kita melakukan perkara kebaikan. Jangan kita katakan perbuatan baik yang kita lakukan sia-sia. ALLAH nampak. ALLAH tahu. ALLAH dengar. Dan pastinya setiap kebaikan yang kita lakukan akan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan pahala yang berganda-ganda.

Jangan kita remehkan setiap perbuatan baik yang hendak kita lakukan. Walau hanya dengan memberikan senyuman pun, ia dikira sebagai suatu kebaikan.
Semoga tulisan yang ringkas ini bisa memberikan kita semua sedikit peringatan bahawa ALLAH Maha Pemurah dengan nikmat, rezeki dan pahala untuk dikurniakan kepada hamba-hambaNYA. Mudahnya untuk mendapat pahala…
WAllahu Ta’ala A’lam.

salam sejahtera...

alhamdulillah...terealisasi jua impian selama ni..bagai x diduga..terima kasih Ya Allah...

08 February 2010

assalamualaikum warahmatullah...

sudah teerrrrrrrrrlalu lame rifie tak jenguk laman ni...rase dh hilang mood pon nk update...coz kat cni tempt rifie brcerita utk dr sndiri shj...xrmai pon yg jenguk laman ni n mmg ni pon tujuan rifie bukak laman ni..neway,rindu jugak nk menulis ssuatu..tentang skolah n rutin harian d sekolah??still d same..malas dh rase nk brkongsi cerita...

apapun,rifie masih berharap...masih ada hari bahagia yg sudi menyapa rifie..biar seketika....rifie akan terus mendamba....