30 May 2011

Ya Allah..bagai disiat2 rasa jiwa ini..bila ibu sendiri tidak menerima pilihan hati..aku tak tahu lagi samada untuk meneruskan hubungan ini atau sebaliknya..ibu benar2 seperti tidak mahu terima kehadiran dia,sedangkan pilihanku ini sudah memenuhi ciri2 yang ibu tetapkan..apalagi yang harus aku lakukan..adakah Kau masih belum mendengar atau tidak akan mendengar rintihan ku...

puas sudah aku menangis,kering sudah air mata...tapi hati tetap terasa walang..
kasihan wahai diri..sampai bila2,kau akan terus sendiri dan akan terus mendamba bahagia....

25 May 2011

JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.     

..bersabarlah wahai diri..moga satu saat, terbuka pintu hati ibumu untuk menerima si dia...

...Ya Allah, Kau bukakanla pintu hati ibuku untuk menerima dia,merestui hubungan aku dan dia, kerna aku percaya,setelah lama aku beristikharah,dia hadir...dan dia cukup memenuhi semua ciri-ciri yang ibu harapkan,cuma aku xtahu apa lg alasan ibu untuk tidak menerima dia...

...terus bersabarlah wahai hati,giatkan doa mu,teruskan tahajjud mu..moga semuanya dipermudahkan,dan andai dia jodohmu,pasti kalian akan disatukan jua,percayalah,jodohmu telah ditentukan dan hanya Dia yang Maha Tahu..

MOGA BAHAGIA YANG KUDAMBAKAN,AKAN KUKECAPI JUA...AMEEN...

18 May 2011

hadiah hari guru?
xpernah seorang pun guru meminta anak2 murid memberikan mereka sebarang hadiah. cuma mnjadi kebiasaan mereka utk memberikan guru hadiah,sebagai tnda mereka menghargai jasa guru..

sy mengajar di sekolah yg jumlah muridnya hanya 40 org..dan mereka rata2 hanyalah anak2 penoreh getah dan pemandu lori.xpernah langsung terfikir utk mendapat sebarang hadiah drpd mereka,tp saat mereka menghulurkan sesuatu..sesuatu itu sgt3 bermakna...

dan pada sy,kata2 yg deorang sampaikan melalui kad adalah paling bermakna...antaranya...

::kepada ustazah,terima kasih krn mendidik Amir,saya minta maaf banyak2,Amir janji nak buat kerja rumah dan tak mahu nakal::
::saya minta maaf,saya ada buat silap dengan cikgu,saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh::
::assalamualaikum ustazah,selamat hari guru,ustazah..saya ada bagi buku dekat ustazah.buku cerita.ok bye,assalamualaikum.ini dari puteri mas ayu,sekian terima kasih::
::cikgu noor,selamat hari guru::
::selamat hari guru cikgu ustazah,saya minta maaf::
::terima kasih cikgu noor.saya sayang cikgu noor::
::terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya terutamanya ustazah::
::ustazah,saya mohon maaf::

ikhlas bukan ucapan mereka...terasa btul diri dihargai...
sy benar2 bersyukur kerana ditakdirkan Dia utk menjadi seorang GURU...
kerna jawatan ini..kerjaya ini menjanjikan ganjaran yang sgt lumayan di sana kelak..kerana GURU ADALAH JUTAWAN AKHIRAT..insyaAllah..

SELAMAT HARI GURU..ucapan keramat buatku...& ini merupakan tahun ke2 sy menyambutnya..alhamdulillah..di kesempatan ni ingin sy rakamkan sebahagian dari mesej yg sy terima sempena hari guru ni..dari sahabat,pensyarah,adik2 & yang tersayang...

::Selamat menyambut hari guru ;-)::
::As salam,selamat hari guru::
::Syg,selamat hari guru,abg doakan syg dipermudahkan dlm urusan kerjaya seorang guru,n brjaya menjadi sorg guru yg penyayang...::
::selamat hari guru,moga kita jd guru terbaik yg sntiasa sabar n ikhlas dgn anak2 didik kita,Syaitan menghiasi prkara2 yg maksiat itu menjadi baik dan akanmenghalangi manusia melakukan ibadah kpd Allah,syaitan tertawa apabila manusia mati dlm kekufuran pd Allah,sama2 kita renungkan,slmt bramal::
::epy teacher's day,guru pemangkin tranformasi ngra,selamat ari guru buat semua warga pendidik n bakal pndidik negara,moga khidmat bakti yg ditabur sntiasa di bawah keredhaan Allah hendaknya::
::Sabda Rasulullah SAW, andai ditimbang tinta pena para guru dgn darah syuhada,maka lebih berat pahala guru drpd pahala para syuhada,barang siapa menziarahi seorang guru maka seolah2 dia menziarahiku,barangsiapa berjabat tgn dgn guru,seolah2 dia berjabat tgn denganku, Selamat Hari Guru::
::Guru,dlm ajarnya ada harapan,dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang,dalam tawa ada mesranya,dalam diam ada bijaksana,dalam tangnnya kita terbina,moga jasamu tersemadi selamanya,selamat hari guru :-) ::
::selamat hari guru utk akak,moga akak menjadi guru yg lebih berdedikasi serta tabah dan sabar mendidik anak bangsa::
::selamat hari guru kpd emma,didiklah anak2 dgn penuh kasih sayang,dedikasi & tertib keguruan::

sy abadikan semua ni di ruangan ini tnda sy amat menghargai kiriman mereka...selagi ruang ini tidak terpada,selagi itulah kiriman mereka akan sntiasa menjadi renungn buat diri sy..

terima kasih semua...