18 May 2011

hadiah hari guru?
xpernah seorang pun guru meminta anak2 murid memberikan mereka sebarang hadiah. cuma mnjadi kebiasaan mereka utk memberikan guru hadiah,sebagai tnda mereka menghargai jasa guru..

sy mengajar di sekolah yg jumlah muridnya hanya 40 org..dan mereka rata2 hanyalah anak2 penoreh getah dan pemandu lori.xpernah langsung terfikir utk mendapat sebarang hadiah drpd mereka,tp saat mereka menghulurkan sesuatu..sesuatu itu sgt3 bermakna...

dan pada sy,kata2 yg deorang sampaikan melalui kad adalah paling bermakna...antaranya...

::kepada ustazah,terima kasih krn mendidik Amir,saya minta maaf banyak2,Amir janji nak buat kerja rumah dan tak mahu nakal::
::saya minta maaf,saya ada buat silap dengan cikgu,saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh::
::assalamualaikum ustazah,selamat hari guru,ustazah..saya ada bagi buku dekat ustazah.buku cerita.ok bye,assalamualaikum.ini dari puteri mas ayu,sekian terima kasih::
::cikgu noor,selamat hari guru::
::selamat hari guru cikgu ustazah,saya minta maaf::
::terima kasih cikgu noor.saya sayang cikgu noor::
::terima kasih kepada semua guru yang mengajar saya terutamanya ustazah::
::ustazah,saya mohon maaf::

ikhlas bukan ucapan mereka...terasa btul diri dihargai...
sy benar2 bersyukur kerana ditakdirkan Dia utk menjadi seorang GURU...
kerna jawatan ini..kerjaya ini menjanjikan ganjaran yang sgt lumayan di sana kelak..kerana GURU ADALAH JUTAWAN AKHIRAT..insyaAllah..

0 comments: