29 December 2009

PENGALAMAN PERTAMA

alhamdulillah..akhirnye brjaya juga rifie mncapai cita2 yg diingini...hadir meeting dgn kwn2 yg bergelar guru n de meja sendiri dlm staffroom tu..teringat wktu skolah dulu,bile cikgu mintak hntrkan buku ke bilik guru,msti rifie yg cpt2 angkat tgn...kat skolh menengah pon gitu kt maktab pon gitu..sronok tgk suasana dlm bilik guru/pensyarah tu...

td rifie meeting..skolah rifie de 8 org cikgu je trmasuk gb...de 2 org malay termasuk rifie..rifie dpt ngja bm,agama ngn pj,sume 36 wktu..berat jugak sbnrnye bg rifie sorg guru baru...gb pon ckp gitu..tp xpela..rifie terima cbrn tu..moga dipermudahkan segala...waktu meeting cikgu2 byk cakap cina..mmg blur jugakla..rifie sabar je..smpai kadang tu info penting trlepas cmtu jek..yela,mane rifie tau kan..deorg ckp cina:) tp xpela..hope cabaran tu sekadar di pinggiran..rifie akan cuba sedaya upaya ytk mengajar dgn baik..rifie akan tarik bdk2 melayu kat skolah cina ni yg sememangnya kuat berbahasa cina utk minat belajar agama..insyaallah,moga dipermudahkan segala urusan..ameen....

23 December 2009

...1 MUHARRAM DETIK PERMULAAN...

Keistimewaan Bulan Muharram:
1. Kelahiran Nabi Musa

2. Bebasnya Nabi Musa dari Raja Firaun, menyeberang sungai dgn selamat

3. Dipertemukan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka berdua sudah bertaubat

4. Bebasnya Nabi Yusuf dari penjara

5. Kelahiran Nabi Ibrahim

6. Nabi Ibrahim terselamat daripada api Raja Namrud

7. Terselamat Nabi Yunus dari perut ikan

8. Sembuhnya penyakit Nabi Ayyub

9. dll

Dan dibulan Muharram ini juga kita disunahkan untuk berpuasa. puasa Muharram yang dianjurkan adalah puasa pada tnggl 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam. Hal tersebut untuk membezakan dgn kaum yahudi yang juga puasa pd tggl 10 muharam

Semoga Allah menjaga hati kita dan niat kita

22 December 2009


renungilah wahai diri....

SESUATU TENTANG DIA....

TOKOH TERKEMUKA...KITA PERLU TAHU TENTANG DIA...

Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).

Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Latar Belakang Ulama
Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.

Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1] yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.

Pendidikan
Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.
Kerjaya Hidup
Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Novel-novel dan kitab-kitab
Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a. Novel
Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah

b. Kitab Agama dan Falsafah
Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi
c. Majalah
Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 – 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

* Dipetik dr emel rifie @Taman2 Syurga

21 December 2009




tinggal kenangan kini...

20 December 2009

LAMA X MENULIS D RUANGAN NI..

salam...act sminggu lepas rifie demam teruk...badan sejuk2 panas..pstu badan naik bintik2 merah..takut jg kene denggi @ sumthing sakit lain...rifie p klinik kesihatan jek..doc bg antibiotic ngn vita C..alhamdulillah,sekrang dgn izin Dia rifie dh sihat...

semalam de 5 orng kawan rifie melangsungkan prkahwinan...ramai kn...tp satu pon rifie xdpt pegi,keadaan xmengizinkan...kat blkng umah rifie pon de knduri,kat umah mak sedare pon de knduri..mmg ramai sgt yg melangsungkan hari bahagia semalam..alhamdulillah,walaupun tgh musim hujan,moga semuanya diberkati....

lebih kurang 2 minggu lagi skolah nk buka dh...perasaan rifie brcampur baur...nthla nape,,cam xcaye yg nnt akan attend meeting ngn cikgu2..then dapat tahu jdual mngajar n tugas2 kat sekolah..betul2 x percaya...smlm kat kenduri hmpir 10 org jg yg wish tahniah kat rifie sbb dpt mngajar dkt redang panjang tu...emm,rupe2nye 1 kampung dh heboh tempat rifie dapat mngajar..hehe...harap sgt rifie dapat ssuaikan diri n bahagia yg rifie damba selama ni akan rifie gapai walau sedikit d sana nnt..ameen....

rindu sgt kawan2 sume...

08 December 2009

salam,alhamdulillah kita sume masih dikurnia nikmat kesihatan & kehidupan...moga nikmat ini kana berterusan selagi Dia izinkan..

...td tghari kelam kabut rifie kua p pekan jelai,tgh masak..kerani skolah cl ckp dia dh tunggu..rifie xperasan pon msg dia sent 5 minit lps...then trus stat motor p jumpe..sign borng COLA..dia tnye psl no. kwsp,rifie xtahu pon tntg kene buat kwsp tu..so kate akk tu gaji rifie lum boleh diuruskankanla..huhu...nmpak gayenye bln. feb jugakla gaji masuk..xpe2...gaji tu nnt dulula..yg penting sumenye setel..psni rifie mntk akk temankan buat akaun kwsp tu...bile nth bole kua..xtahu lagi...emm,pepun diharapkan moga dipermudahkan segala urusan..ameen...


07 December 2009

emm..teringin jugak nk 'tayang' hasil 'susah payah' jalankan kajian tindakan ni dulu...huhu..dh lame setel,br teringat cam nk upload..
alhamdulillah..walau xseberapa..akhirnya,diterima juga hasil kerja rifie ni..
& rakan2 juga masing2 dgn hasil kerja masing2..
walau kita xsetaraf dgn mereka yg berada di 'U'..tp hasil kajian kita juga membanggakan..bak kata lect waktu kissm hari tu,kalo dikumpul,kita dh ada 59 kajian tindakan yg berbeza yg boleh d apply waktu mngajar nnti....


alhamdulillah..terima kasih pada lect2 yg dh byk bimbing utk hasilkan kajian tindakan ni....


HAKIKAT BAHAGIA

Bahagia itu dari dalam diri,Kesannya zahir rupanya maknawi ,Terpendam bagai permata di dasar hati,Bahagia itu ada pada hati ,Bertakhta di kerajaan diri ,Terbenam bagai mutiara di lautan nurani ...
Bahagia itu ada di jiwa ,Mahkota di singgahsana rasa,Bahagia itu adalah suatu ketenangan...

Bila susah tiada gelisah,Bila miskin syukur pada Tuhan,Bila sakit tiada resah di jiwa,Bukankah Tuhan telah berfirman,Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang.....

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran,Bila kaya jadi insan pemurah,Bila berkuasa amanah,Bila berjaya tidak alpa,Bila sihat tidak lupakan Tuhan,Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan ..Bila hati mengingati Tuhan, Semua insan kan mengerti,Maksud terseni Ilahi ,Itulah zikir yang hakiki ....

sakit rifie datang balik..demam+sesema sebab hidung+mata gatal2...resdung ni la...nth pe ubatnye eh...

rifie de jmpe info ni..bagus jugak..

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

-Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
-Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
-Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
-Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
-Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

1)Selsema
-Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
-Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
2)Hidung sebu
-Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
-Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3)Bersin
-Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
-Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
4)Batuk
-Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
-Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
-Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

......sakit mata ngn hidung ni la yang selalu buat rifie sakit pale..then jangkit demam n sesema...tentang sakit pale rifie ni, rifie lum jumpe ubat yg sesuai..dh mcm2 cuba....xpela,rifie usaha+ikhtiar lagi...setiap penyakit kan ade ubatnye..insyaallah.. Dia akan beri petunjuk...

hari ni nothing spesel...lalui hari2 seperti biasa..alhamdulillah,demam + sesema dah baik sket..petang kuar tpg,p popular belikn ank2 sedare buku kerja...akk kerani skolah cl,esok dia nk jmpe,mintak rifie sign utk pe ntah,then dia mintk rifie sertakan sekali sijil2 akademik..alhamdulillah,syukur sgt dpt kerani yg baik..sblm ni akk2 rifie sllu citer psl kerani skolah deorg yg kene 'suap' dulu baru cpt je nk uruskan satu2 krja tu..dasyat jg kn.. moga2 segala urusan rifie dipermudahkan..ameen..

06 December 2009

DEMAM :(

05 December 2009

"RASA CINTA PASTI ADA..PADA MAKHLUK YG BERNYAWA..." “Cinta”. Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan.Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta. Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya,kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta. Itulah cinta. Fitrah manusia.dengan cinta fitnah tercipta.juga bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia.juga bisa menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia. Sudah lama kita menjalani kehidupan ini.sudah terlalu kerap perkataan ‘cinta’ diungkap dan diluahkan.Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah.Muhasabah tentang cinta.Moga muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? adakah di tempat yang sepatutnya atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini? ..cintaNya terlalu agung... ...kutahu,Kau tak pernah jauh... 1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ “Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah...” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165) 2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24) Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya. Ia mesti dibuktikan! ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31) Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama. Muslimin-muslimat sekalian, Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan. Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa. Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60) Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA. Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin… WAllahu A’lam.

indahnya bahagia

indahnya andai bahagia itu dapat digapai....

04 December 2009

PUISI CINTA

dh lame rifie xmengarang puisi...tp tgh de ruang ni...hehe

saat teman2 sume pnye raja di hati,teringin jugak rifie utk bahagia seperti mereka...ntah bila masa itu akan tiba..terkenang tika pernah dilamun rasa itu waktu dulu...tp semua tu dh berlalu...hanya kenangan yg. terpahat utuh d kalbu...& puisi ini...hnya mengulit bahagia ntah bila akan kunjung tiba..

Kujejaki seorang insan bernama suami
Untuk menjadi pembimbing diri
Di kala hati ini kembali kosong tidak berisi
Utk mengajarku amalan terpuji.

Dirimu nanti bertakhta di hati
Bagi seorang wanita bergelar isteri
Mengajar semua ajaran Ilahi
Supaya hidup diberkati.

Bukan kekayaan yang kucari
Apatah lagi ketampanan kuimpi
Sekadar mencari cinta yang suci
Demi meneruskan hidup di alam realiti.

Kesetiaanmu menjadi kunci
Dalam melayari hidup sehari-hari
Terlalu banyak akan diuji
Demi mencipta kebahagian hakiki.

Hanya padaMu Tuhan ku memohon kini.
Temukanlah aku dengan dia yg mengerti
Seandainya dia jodoh yang telah tersurat daripada Ilahi
Aku menerima apa yg dihajati
Moga aku menjadi miliknya yang abadi
Walaupun pelbagai rintangan harus kutempuhi.

HARI INI DALAM SEJARAH 2

Alhamdulillah..siap masak dh..lewat masuk dapur td pegi sekolah setelkan sume yg patut...

semalam (3/12/09) tepat jam 10.00pg rifie kuar ngn mak,menuju ke sekolah..tempat rifie bakal menabur bakti stlh sekian lama mendambakn diri di ipg..hehe..de 2 jln nk ke sane..tp pegi mak bw ikut jln kg. bt. 20..ladang sawit,hutan,ladang getah,sungai..kiri kanan jalan...kesan2 sungai melimpah/banjir hujan ptg smlm pon de lagi...about half an hour sampaila kat tempat yg dituju..."kg. baru redang panjang"...masuk ikut pintu gerbang yg ada tulisan malay n cina..jln2 dlm tu nk cari sekolah..mmg tokong cina sane cni..anjing pon brkeliaran..de nmpak poliklinik...kecik je kwsnnye..tp lengkap,balai polis pon de,pjbt pos mini pon de..kire okla..jln2 xjmpe jg skolahnye..then sampai satu simpng tu de uncle india tegur,dia kenal mak.."u cari mane tempat"..tnye dia.."nk cari skolah cina"...terus uncle tu tunjukkan sekolahnye...gerak terus...jumpela skolah..

kecik jek skolahnye..celah2 umah orang...kiri kanan umah org cina..guard india bukakkan pintu..mmg btul kate shaza..skolah 1Malaysia..skolah cina,smpai2 je dh jmp org india pulak..then jmpe kerani org melayu,baik akk tu..trus tnjukkan bilik GB..masuk jumpe GB..Puan Khoo Lee Hwa..perkenalkan diri then cakap nk lapor diri..dia baik sgt..syukur,itu yg paling penting..tnye dia tntg skolah..katenye rifie brtuah dpt skolah ni,budak sket keje xbyk..skolah ni kategori SKM..bdk dlm 40 orang jek..katenye thn dpn thn 1 ramai..rifie tny brape...11 orang katenye :)...kat situ de sorng cikgu melayu n sorng ustazah..tp yg ustzh tu kontrak jek n abis bln 12 ni,mmg rifie je la yg ngjar agama nnt,then dia tnye selain agama rifie boleh ngaja pe..rifie ckp BM,then ckp yg minor rifie PJ..dia kata BM okla..coz subjek lain sume in bhsa cina..mksudnye pnddkn moral pon rifie xle mngajar la..agama ngn BM jek..pasni khatam bhsa cina la rifie..hehe...

alhmdulillah..lepas dh setel sume,GB juz suruh setelkan surat lantikan n pesan meeting 28 aribln nnt kene dtg..dia tnye psl trnsport,mak kate lum de lg stkt ni,dia suggest suruh tumpng kete sorng cikgu dr tpg,mmg dia lalu dpn kg rifie,emm..xtahu lg la cmn..2je..kua dr blk GB jmp ngn pengerusi lembaga (YDP PIBG),pkai sua pendek jek,ingtkan org kg.,hehe..then rifie kua tinjau2 kwsn skolah..de court n padang kecik je..nk main futsal pon xmuat..de libry+blk excess+makmal (blk yg same)..pc pun de 4 bijik je..buku2 pon dalam bhsa cina..huhu..de kls 3 buah,kantin kecik ngn tandas..2 je..comelnye kwsn skolah ni..hehe..

setel sume,mak bw pegi umah kwn dia...de taman 5 minit dari sekolah tu..kecik je taman tu..dlm 4 deret umah..sembng2...dia ckp de org nk sewakan umah,rm150 je..rifie teringin jugak...xde kete lg kn,bgus jg..act jauh jg nk berulang..jalan pon bahaya...p tgk umah ngn m.cik tu..rupe2nye dh de org masuk umah tu,br je smlmnye..rifie trlmbt sket je..xpela,xde rzki..

blk tu ikut jln lg satu..xbahaya sgt,juz brbukit2..lori kua masuk sbb tgh baiki jln,jln utama nk p plkn area situ..tu yg cntik sket jlnnye...byk kg. lalu situ,masuk ijok,kg. pantai besar,kg. sg ara, kg. jemerang setar, kg. gudang, kg. relang, kg. bt. 20...then br sampai kg. rifie..jauh sket dr jalan yg pertama td..rifie pon xtahu jln mane better utk rifie ulang alik ari2 nnt..alhamdulillah..setel utk smlm..

hari ni (4/12/09) rifie kua ngn akk..p mahkamah tping..nk setelkan cop akuan sumpah..de kwn mak koperal kat sane..dia dh tunggu,alhamdulillah..senang keje..setel tu trus pegi skolah...sejam dr tpg...smpai tu guard india sambut..trus masuk ofis,say hello tu GB then trus jmpe akk kerani setelkan pe yg patut...alhmdulillah,setel sume psl surat lantikan tu...de 2 org cikgu cina..xreti pon nk sembng,senyum je la..hehe..GB tu mcm knl akk..akk pon mcm penah jmpe dia..hehe...xpela tu..dh setel sume terus blk umah...

gitula citenye..tertulis satu sejarah lagi dlm hidup rifie...syukur sgt pada Dia..Dia tahu setakat mana kemampuan rifie..inilah tempat yg ssuai n patut rifie ditempatkan..terima kasih tak terhingga pada Dia...
rifie janji akan curahkan semampu boleh demi anak bangsa,agama & negara...moga rahmat-Nya sentiasa bersama...ameen...



then salam ngn sume,

HARI INI DALAM SEJARAH 1

salam..

semalam rifie dh pegi lapor diri..byk yg rifie nk kongsi..tp lum de masa nk tulis..jap lagi nk p mjistret..nnt de ruang rifie citer sume...daa

02 December 2009

hari ini dan semalam

1 DISEMBER 2009

tepat jam 6.45 kuar rumah..bertolak ke SPI,JPN Perak kat ipoh..alhamdulillah..gerak sekali ngn ridhi dgn dipandu oleh yinhan,sampai jg kat sane tepat 8.30 pagi..
setelah puas dgr 4 taklimat dari org2 kuat SPI,tibalah masa yg dtunggu2 n saat yg mendebarkan...seorang demi seorang dpanggil n nama rifie yg ke-3..
rifie ke depan terima surat penempatan,perlahan-lahan di buka dan akhirnya...SJK(C) REDANG PANJANG...hampir menitis air mata rifie..alhamdulillah..even sekolah ni agak jauh dr umah,rifie masih dekat dgn mak+ayah..Dia kabulkan permohonan rifie saban hari..syukur ya Allah...alhamdulillah...

kawan2 yg lain pun same2 gembira...ridhi dapat sg. siput,jue dpt kuala kurau,k.ana dapat lahad,suha dapat kat kampar..yg lain ayu dpt beruas skolah cina jg,fidz dpt kt trong taiping,wani dpt kat tapah,dielah dpt kat teluk intan,suriana ngn firdaus ghani dapat ipoh@simpang pulai,linie dpt teluk intan jg rasenye...alhamdulillah,kami terima dgn redha semua ketentuannya..semoga ini yg terbaik buat kami...

teman..
moga kita sama2 dpt mengimplementasikan sume ilmu d dada..kehadiran kita dinanti..ditunggu untuk menabur bakti...

2 DISEMBER 2009

hari ni pagi2 lagi akk,abg ipar,mak+ayah bersiap p klinik,bwk amirul ank sedare rifie p laksanakan 1 misi wajib..hehe..potong...amirul disunatkan ri ni..moga dia akan jadi lebih matang lps ni..insyaallah..

29 November 2009

UNTUKMU WANITA

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

25 November 2009

senyum sendiri.. :)

Cerita 1
Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas
kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7
Gemas.
Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."


Cerita 2

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin
bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 3
Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak
tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini.
Saya ikut sama, boleh?!"


Cerita 4

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

satu hari...

satu hari waktu kuliah dalam kissm..rifie edar kertas..wktu pn. sharipah tgh lantang bersuara tntg al-Quran & math...atasnye rifie tulis.."kawan2..sahabat2..bape ari je lagi kita kat cni..sedih tak nak berpisah ni..ramai yg respon..ni antaranya...

"sdeh yg amat..hanya kenangan menemani hari2 mendatang..

"sedih jugak,tp jgn salahkan perpisahan krn kita sndiri yg tidak menghargai pertemuan,stiap pertemuan itu ada prpisahan"..

"jgn sedih2..snyum je..jgn monyok2..nnt dah mngajar kat sabah/srwk sane msti sronok...pastu bila dh blk smnnjung msti trkenangkan pengalaman pahit manis kat sane"

"seronok + sedih"..

"sayu jauh dr sudut hati sbnrnye,mcm2 nostalgia kita kat sini..moga prpisahan ini bkn selamanya..tp insyaAllah kita akan brtemu lagi lps ni.."

"jgn diucap slmt tinggal..."...kehidupan kita kat sini akan jadi sebahagian dari hidupku..selamat berjuang.."

hari2 yang tinggal..posting..slmt tinggal kwn2 n smnnjung..semoga ukhwah kita tak putus..insyaAllah,kita akan dipertemukan semula..ada hikmah atas semuanya.."

"walau di mana pun kita berada,pasti ada yg terbaik utk kita di sana,utk sahabat2 yg dpt mngjar d sabah & srwk, inilah peluang utk kita teroka bumi Allah yg luas ni, ukhwah fillah abadan abada..sedih tu sedih jg..tp utk bbrp hr yg tnggal ni, marilah kita manfaat brsama2..."

"YA Allah..pereratkanlah ukhwah kami semua.."

"emm..xcaye je dah nak abis n berkhidmat sbg guru,,jgn sedey2 ye kwn2....ukhwah kita ttp selamanya..insyaAllah...keep in touch!!.."

"Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu..insyaAllah semua ada hikmahnya..lama kita bersama..mmg sedih utk brpisah..kuatkan semangat utk ke dunia baru.."

"sedih mmgla sedih..dah lame kita bersama,apa2 pun ini yg trbaik utk kita..moga dipermudahkan sgla urusan kita & semoga kita dpertemukan lagi..."

"sedih2..tp inilah hakikat kehidupan yg harus dilalui ssiapa shj..apa yg telah dittpkan oleh-NYA adalah yg trbaik utk kita,insyaAllah..
kita tetap kawan smpai bila2.."

..itulah antra bait2 kata dr setiap sorng shbt rifie..hmpir sbhgn dr kami dtmpatkan mngjar d sabah n sarawak..mrk adalah yg terpilih..dipilih oleh-NYA...itulah hakikatnya yg sebenar..usah bersedih teman..kalian insan terpilih..pasti ada hikmah yg tersirat d sebalik semua ketentuan-NYA..alhamdulillah..rifie bersyukur d tmpatkan di perak even belum tahu d mana tempat rifie akan menabur bakti...kecut jg..perak pon bkn calang2 sekolah2nye...moga Dia telah pilihkan tmpat terbaik utk rifie n hanya Dia tahu keperluan rifie tatkala ini..demi mak+ayah rifie,keluarga, agama & negara..isnyaAllah...buat rifie sendiri :) selamat bertugas..

berakhir kini..

alhamdulillah..akhirnya ternoktah juga permukiman di bumi wakafan IPG-KPI ini...tiada lagi langkah yang tersusun di sini...kering sudah kola air mata...namun,terlimpah jua tatkala salam perpisahan terluah di hujung bicara...
bertmu berpisah kerana-NYA...

19 November 2009

akhirnya...kini pasti

dalam debaran menanti akhirnya rifie tahu jugak kprtsn katne..setinggi kesyukuran dipohonkan pada Dia..rifie di tempatkan di negeri sendiri..PERAK..kawan2 rmai yg dapat seberang laut...

ALLAH tahu apa yang rifie perlukan...syukur ya Allah...

PERBUALAN DUA MALAIKAT

Adalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur.

Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.

Berkatalah Malaikat pertama, “ sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”

Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang. Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?


” Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.” Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”

“Tidak, jawab Malaikat yang kedua.”





Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”





Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.

&nb sp;


Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut.




“ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut.




Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.




Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.


Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.

Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”,

berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

Air Mata Nabi Adam a.s.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

14 November 2009

10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

On Forgiveness

Why is it so difficult for us to forgive others?
Why do we find it so hard to let go?

Sometimes, even years after a certain incident;
sometimes, even after they have apologized;
sometimes, when they have hurt you unknowingly
and have no idea that you are struggling to forgive
them.

Why?

Because we are usually under the misconception t
hat we will be doing them a favor by forgiving them.

That in fact, is not the case.

When we forgive someone, we actually do ourselves
huge favor because through forgiveness.

We release all the negative thoughts, emotions and
energies that we are so desperately holding onto in
our anger.

Replaying the moment again and again in our mind,
torturing ourselves in so many ways.

It hurts us more than them, when we don't forgive.

We find it hard to forgive because we think we are
n the more powerful position when we hold back
forgiveness.

Actually we are the weak ones, if that's the kind
of power we rely on to give us strength.

We are also not able to forgive because we take
everything so personally.

Not everything another person does is done with
the concious intention of hurting you.

Sometimes they are just trying to protect t
hemselves and that's the best they know how
to protect themselves.

Haven't you heard of the saying 'The Best
Defence is Offense'?

We need to give allowance to others for their
insecurities and their imperfections without
aking things personally.

So even if you do it for the most selfish of
easons, go ahead and forgive.

First, forgive yourself for holding onto the
grudge for as long as you did.

Then, forgive the other person.

Finally, be proud of yourself.

khasiat surah al-kauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

10 November 2009

makna bacaan dalam solat

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku,rezekikan daku,berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Doa

"Wahai Tuhanku, aku tak layak ke syurgaMu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu."Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambamu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami,kedua-dua ibubapa kami, dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."

06 November 2009

HARI-HARI TERAKHIR

..makin hari makin hampir titik penghujung untuk berada di bumi wakafan ini..

makin berdebar menunggu keputusan posting..terlalu berdebar...
titipan doa setiap hari buat-Nya..moga rifie ditempatkan disisi ayah ibu...

minggu ni..KISSM..tetekan pulak..tiap2 hari except ahad...ofis hour..watever pon itula yg akan rifie tempuh nanti kan...

Ya Allah,,permudahkanlah segala urusanku di atas muka bumi-Mu ini..ameen

04 November 2009

3 jenis kawan

Kawan itu ada tiga jenis:

yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan
yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

membaca al-Quran

Kelebihan al-Quran turut dibincangkan salah seorang sahabat bernama Abu Musa al-Asyari. Beliau memetik kata-kata mulia Nabi Muhammad SAW yang membandingkan orang yang suka membaca al-Quran dan menghayatinya. Mereka terdiri daripada golongan berikut:

Orang Islam yang membaca al-Quran umpama citrus (sejenis limau). Baunya harum dan rasanya lazat.

Ini menunjukkan, orang Islam yang benar-benar mentaati perintah Tuhan melaksanakan segala yang diperintahkan termasuk membaca al-Quran setiap hari. Mereka yakin, jalan itu adalah jalan mudah bagi berkomunikasi dengan Tuhan yang menciptakan.

Itu juga antara cara mengucapkan terima kasih bagi segala kurniaan Tuhan yang tiada batas. Tanpa meminta, Nabi Muhammad SAW menjelaskan mulianya kedudukan golongan ini sehingga diiktiraf dengan rasa lazat dan bauan harum dan menyenangkan.

Dengan janji seperti ini, orang Islam lebih giat mendekati al-Quran kerana memperoleh pelbagai kesenangan. Paling utama, hati menjadi tenang dan hidup menjadi lebih bahagia. Semuanya berkat membasahkan bibir dengan ayat al-Quran.

- Orang Islam, tetapi tidak membaca al-Quran seperti buah kurma. Ia tidak berbau, tetapi rasanya sedap dan manis.

Ramai manusia yang tergolong dalam golongan ini kerana akhir zaman ini terlalu ramai manusia yang mengaku beragama Islam tetapi mencalit arang kepada kesucian Islam itu sendiri. Ini menjadi bahan senda dan gurauan rakan bukan Islam.

Masakan tidak, mengaku Islam tetapi perbuatannya langsung tidak menunjukkan budaya dan cara hidup Islam. Tuhan sangat membenci golongan seperti ini. Semua orang sedia maklum, mana mungkin agama suci mengajarkan amalan buruk kepada penganutnya.

Usahlah kita jadi manusia yang hanya memakai pakaian berjenama tetapi tidak menunjukkan kualiti. Apa gunanya menjadi manusia cantik luarannya tetapi busuk hatinya. Apa gunanya kita memakan buah yang cantik dan kelihatan menyelerakan di luarnya tetapi pahit dan busuk apabila dimakan. Fikirkanlah.

- Orang yang mempersendakan agama Islam dikenali dengan gelaran munafik iaitu suka berpura-pura dalam kehidupan beragama. Walaupun mereka membaca al-Quran, mereka diibaratkan buah raihanah. Baunya sedap, tetapi rasanya pahit.

Sebenarnya, golongan ini adalah tali barut yang layak ditempatkan dalam neraka jahanam. Bukan dalam agama Islam saja, malah dalam pentadbiran negara, apabila ada golongan tali barut, pasti akhirnya menjatuhkan kerajaan itu.

Ia ibarat 'gunting dalam lipatan' yang dapat membunuh bila-bila masa saja. Golongan ini juga seperti 'musuh dalam selimut' yang dapat menyerang tidak kira masa. Mohonlah perlindungan Tuhan supaya tidak terbabit dengan manusia seperti ini.

- Golongan munafik yang tidak membaca al-Quran diumpamakan seperti petola yang tidak mempunyai bau dan rasanya pahit.

Golongan munafik membawa Islam dengan imej memalukan sehingga timbul pelbagai fitnah yang memburukkan agama Islam. Bagi mengetahui baik ataupun tidak orang itu, tidak cukup sekadar melihat luaran saja.

Kita perlu mengenalinya dengan lebih dekat supaya lahir rasa cinta seterusnya barulah ada kesudian untuk melamarnya. Mana mungkin kita berpuas hati membeli barang impian hanya dengan melihat di dalam katalog saja. Pastinya kepuasan memilih dan memiliki apabila kita dapat menyentuh dan membelai barang itu di depan mata.

memohon pada-Nya...DOA...

Hampir setiap umat Islam berdoa kepada Allah. Tapi apabila doa tidak dimakbulkan-NYA, adakah wajar kita berputus asa?

PERKATAAN doa banyak terdapat dalam al-Quran dalam pelbagai pengertian. Doa merupakan satu ibadah. Firman Allah : "Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"- surah Yunus: 106.

Doa bererti permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Allah menyuruh setiap orang berdoa kepadanya. Allah memberi janji bahawa Dia akan memperkenankan setiap doa.

Sama ada makbul doa itu diberi cepat atau lambat atau diberi di dunia atau di akhirat, manusia tidak akan tahu tentangnya. Doa yang makbul bergantung kepada setakat mana akrabnya seseorang itu kepada Allah. Semakin akrab seseorang kepada Allah, maka makin mudahlah doa hamba berkenaan diperkenankan.

Membina hubungan akrab inilah menjadi cabaran terbesar kepada seseorang kerana banyak disiplin dan rutin perlu diikuti.

Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' iaitu setiap azam dan kemahuan pasti ada jalan terbentang di hadapannya. Oleh itu, doa dan ikhtiar wajar dijadikan sumber kekuatan sama seperti fungsi roh dengan jasad pada diri manusia.

Ibnu Athaillah as-Sakandari mengingatkan kepada kita agar terus berdoa. Kenapa beliau berkata demikian? Kerana nafsu seringkali muncul ketika Allah menunda permintaan atau mengkabulkan doa kita.

Dalam keadaan demikian seringkali berputus asa dan merasa bahawa doanya tidak dikabulkan. Sikap putus asa itu disebabkan kerana kita rasa terlalu yakin akan dikabulkan tetapi hakikatnya adalah milik Allah.

Apakah setiap doa akan dikabulkan?

Pertanyaan ini akan terjawab apabila kita memahami apa yang disebut doa dan hakikatnya. Tidak harus berhenti daripada kesungguhan berdoa, dan tidak berpaling dari-Nya kerana lambat masa diperkenankan.

Juga jangan mengherdik sambil melontarkan kalimah-kalimah marah berupa bantahan ke atas rasa tidak puas hati. Tatkala Allah berfirman, pastilah ada harapan untuk mendapat hajat tersebut.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60

Bersangka baik terhadap Allah adalah di antara prasyarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Barangkali renungan ini dapat membantu meleraikan resah kita.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.

Kaum terdahulu telah keluar daripada sengsara dan derita kerana doa mereka diperkenankan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)" - surah an-Naml: 62.

Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.

Orang yang berputus asa akan berkata: "Allah tidak memakbulkan doa aku." Tetapi ingat, Allah menjamin doa yang dimohon akan dikabulkan. Konsep doa yang dikabulkan juga harus difahami supaya kita faham benar bagaimana doa itu berfungsi.

Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendak-Nya, maka akan diberikannya segera, tetapi jika permohonannya tidak seiring dengan kehendak-Nya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendak-Nya sebagai pilihan yang tepat.

Dalam hadis Rasulullah bersabda : "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." - hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim.

Oleh: Dr Amaludin Ab. Rahman

elakkan makanan berkafein

Kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mereka mungkin memberikan minuman yang mengandungi kafein.

Makanan dan minuman yang mengandungi kafein memang banyak ditemui justeru, pengambilan kafein untuk kanak-kanak seeloknya pada tahap minimum.

Negara maju seperti Amerika Syarikat masih tidak mempunyai garis panduan mengenai pengambilan kafein untuk kanak-kanak. Namun, garis panduan dikeluarkan Kanada menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah purata kafein yang didapati dalam 355 mililiter tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43 gram) coklat bersusu.

Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu.

Kafein yang bertindak serupa pada kanak-kanak mahupun orang dewasa, merangsang sistem saraf utama. Pada tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas.

Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Untuk kanak-kanak pula, pengambilan yang sedikit boleh menimbulkan kesan berkenaan.

Pengambilan kafein di kalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60 peratus misalnya dengan mengambil 355 mililiter minuman ringan manis sehari.

Kanak-kanak yang terlalu banyak mengambil minuman ringan mungkin kurang mendapat khasiat seperti kalsium yang diperlukan daripada susu untuk membina tulang dan gigi kuat.

Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (menerusi pembuangan air kencing). Sungguhpun jumlah pengambilan kafein yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam tubuh masih belum dapat dipastikan, untuk langkah berjaga-jaga, elak pengambilan kafein berlebihan dalam cuaca panas.

Antara makanan mengandungi kafein termasuk kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan melegakan sakit.

Teh ais pula bukan saja mengandungi banyak gula malah kafein, sama seperti minuman ringan. Pilihan minuman yang lebih baik untuk kanak-kanak termasuk air kosong, susu atau 100 peratus jus buah-buahan

31 October 2009

Betapa Cintanya Rasulullah pada Kita...

Utk Renungan Bersama ...


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'


'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'


'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

22 October 2009

ujian dunia..

27 oktober-Ilmu Tajwid
29 Oktober-Usul Fiqh

hari2 utk berperang makin hampir namun rifie masih belum ada kekuatan utk mengulangkaji sebaik mungkin...

rifie perlu kuatkan semangat..insyaAllah...Dia tak pernah jauh..moga ujian yang terakhir untuk semester yang terakhir ini dapat rifie tempuhi dengan sebaik mungkin..semuanya dgn redha dari-Nya..ameen

20 October 2009

kutitipkan warkah ini buatmu ADAM

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Allah swt jua. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitiny a kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? ! Ramai orang berkata jika anak jahat emak
bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah sejati......

warkah dari ADAM buat HAWA

Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.Namun begitu Hawa kasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi....

Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan. . namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku.Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan.Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan.Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. ..Namun tidakkah kau terpikir wahai hawa,bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?

Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,lalu kau merajuk menjauhkan diri....
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu. ...
Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .Kasarku terhadapmu, kau anggap penganiaan kaum wanita,Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.....Ku tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat main-main... Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"

Wahai Hawa yang kuhargai....
Bagaimana lagi harus kami lakukan?Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihat
pada matamu,Pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste....
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami?Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?

Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu. .. dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap berilmu.

Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat,namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami,Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami.Tidakkah kau terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...

Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi... .
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu. .. tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai....

...peringatan buat rifie juga & semua kaum hawa...terima kasih wahai ADAM...

ku masih ada DIA...

13 October 2009

INDAH...DAMAI...

KEMELUT HATI

Ya Allah, aku belum cukup cekal untuk menerima dugaan seumpama ini..beratnya Ya Allah untuk hati dan perasaan ini menanggungnya..keperitan yang kurasai ini, hanya Kau yang lebih tahu..

Mulanya kufikir, ini adalah soal memilih, kerana mereka InsyaAllah adalah ikhwan2 yang soleh..aku mengamanti peribadi mereka..syukur, perintah Allah sentiasa jadi pegangan..dan hatiku tersirat rasa kasih kepada mereka hanya kerana-Mu..
Seorang ikhwan ini menaruh harapannya terhadapku. Dia ingin aku menjadi calon penghuni syurga bersamanya nanti..terlalu besar dan tinggi harapan dia..dia ikhwan yang baik, yang membuatku sempat berfikir andai suatu hari dia melamarku, aku takkan punya alasan untuk menolaknya kerana dia terlalu baik untuk dinilai keperibadiannya..bukan pada pandangan aku sahaja begitu,rakan-rakanku turut mengatakan perkara yang sama...

Namun, lumrah seorang insan untuk mendapatkan dan mencari seseorang yang terbaik untuk dirinya..fikiranku berubah tatkala hadir seorang ikhwan ini dalam kehidupanku..seorang insan yang tidak pernah langsung terlintas dibenakku punya perasaan terhadapku kerana selama ini dialah insan yang menganggap aku sebagai saudaranya lantaran aku adalah orang yang membantunnya membuat pilihan. Teruk bukan aku ini..sering goyah dengan pilihan yang ada...Ya Allah...hinanya aku dalam membuat pilihan..padahal jodoh pertemuan, hanya Kau yang layak menentukan..

Dia tidak pernah memberi keputusan atau menabur sebarang janji. Namun, dari setiap bait katanya tersirat bahawa dia begitu mahu rapat denganku. Kau yang lebih tahu segalanya. Dia seorang yang baik tingkah laku dan pekerti, dia seorang yang sangat menghormatiku, kebaikan akhlak serta keelokan paras rupa dan agamanya membuatkan aku berfikir, aku bukanlah wanita yang layak untuk berada di sampingnya. Dia bagaikan seorang putera raja yang menjadi idaman setiap puteri jelita. Siapalah aku untuk berada di sisinya. Diamnya tak pernah meluah kata. Dan aku anggap, hanya aku yang bermain dengan rasa..namun, saat embun dingin menitik di hujung hijau daun, dia meluahkan bicara tulusnya..terlalu mulus untuk aku dengari. Kelu lidahku untuk meneruskan bicara.

”abang ikhlas untuk mengikat ukhwah dengan rifie..dengan jalinan lebih dari sekadar saudara atau kawan..rifie jangan kecewakan permintaan abang ye..percayalah,abang pilih rifie bukan mengikut hati & perasaan, tapi abang dah lakukan mengikut apa yang diperintahkan oleh Dia sebelum abang buat pilihan..percayalah rifie.”

........Ya Allah Ya Tuhanku..kumohon petunjuk dari-Mu...tunjukkanlah pada hamba-Mu ini insan yang akan membimbingku menuju jalan-Mu, menuju syurga-Mu yang kekal abadi..
Dalam sujud di keheningan pekat malam, ku mohon pada-Nya agar menjadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik pada Dia..juga dalam setiap gerak langkahku serta helaan nafasku adalah bernilai di sisi-Nya..

Di hujung istikharah yang tak pernah kunjung usai di setiap malamku, kulihat bayangan wajah dia..kuberserah kini..sepenuhnya hanya pada Dia...

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

07 October 2009

indahnya berbaik sangka

"Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

02 October 2009

AL-QURAN..BUKAN SEKADAR UNTUK HANTARAN

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.