27 March 2009

AURAT

Tutup Aurat Satu Tuntutan,
Dalam Keluarga Wajib Tekankan,
Kalau Tak Ikut Gunalah Rotan,
Demi Melaksanakan Perintah Tuhan,

Aurat Ditutup Mestilah Lengkap,
Tudung Litup Termasuk Skap,
Mini Telekong Pon Orang Cakap,
Elok Dipandang Tak Payahpun `Make-Up`,

Sekurang-Kurangnya Berbaju Kurung,
Lebih Elok Jubah Mengurung,
Kaki Pula Mesti Besarung,
Ditumit Kaki Syaitan Bertarung,.

Kalau Wanita Menutup Aurat,
Orang Jahat Tak Berani Ngorat,
Bahkan Boleh Menjadi Ubat,
Orang Yang Memandang Boleh Bertaubat.

Pakaian Moden? Memanglah Hebat,
Harganya Mahal Walaupun Ketat,
Walaupun Cantik Tetapi Singkat,
Orang Memakai Pun Nampak Pusat.

Berseluar Ketat Baju Pun Ketat,
Jarangnya Pulak Boleh Dilihat,
Orang Yang Memakai Terus Dilaknat,
Oleh Allah. Rasul Dan Malaikat.

Apa Yang Aneh Bila Dipandang,
Lengan Pendek Tapi Bertudung,
Nampak Seperti Orang Yang Kudung,
Mata Terpandang Kaki Tersadung.

Lagilah Aneh Bila Difikir,
Baju Kebaya Tudung Berukir,
Nampak Dada Iman Terjungkir,
Kain Terbelah Peha Terukir.

Bila Ditanya Kenapa Begitu,
Dia Kata Fesyennya Dah Macam Tu,
Di Dalam Hati Niat Tertentu,
Menggoda Jantan Sudahlah Tentu.

Menutup Aurat Boleh Berfesyen,
Tetapi Jangan Menunjuk Fesyen,
Sesuaikan Diri Ikut Profesyen,
Kalau Laknat Tak Guna Sesen.

Kalau Nak Ikut Nasihat Ini,
Jangan Bertangguh Ubahlah Diri,
Benda Yang Baik Tak Payah Diuji,
Akan Terserlah Akhlak Terpuji.

Kepada Semua Kawan Lelaki,
Jangan Tergelak Wanita Diperli,
Keluarga Kita Tak Terkecuali,
Terutama Sekali Anak Dan Bini.

Sudahlah Kita Tanamkan Iman,
Menutup Aurat Sepanjang Badan,K
esana Kesini Dilindungi Tuhan,
Keluarga Menjadi Contoh Teladan.

Setakat Ini Seloka Ini,
Harap Dapat Menghibur Hati,
Yang Baik Bolehlah Anda Ikuti,
Kalau Boleh Besok Mulai...

26 March 2009

JANGAN JADIKAN AGAMA SEPERTI KRISTIAN

JANGAN JADI SEPERTI MEREKA
Paul atau Saul the Tarsus seorang munafik yang berpura-pura menganut ajaran Isa a.s adalah manusia yang merosakkan ajaran Baginda Isa. Pada mulanya, para Hawariun iaitu sahabat Nabi Isa a.s (menurut Ibnu Abbas salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didoakan akan kefakihan terhadap tafsir mengatakan bahawa jumlah Hawariun adalah sebanyak 12 orang) meragui keikhlasan Paul menganut ajaran Isa a.s, tetapi setelah melihat kesungguhan Paul dalam menyebarkan ajaran Isa, mereka mula berbaik dengan Paul.

Perkara ini dijelaskan dalam Bible di dalam Fasal Acts 9:27-30, yang menceritakan pada mulanya para Hawariun takut untuk mendekati Paul kerana sikap beliau yang pada mulanya sangat memusuhi pengikut Isa sehingga sanggup membunuh (Lihat Acts 9:1-2) , tapi akhirnya diterima setelah seorang dari pengikut Isa a.s iaitu Barnabas menyatakan bahawa Paul sudah insaf.

Diceritakan dalam Bible, setelah pulang dari Demascus (beliau menetap di Demascus selama 3 tahun : lihat Galatians 1:15-20) dan pulang ke Jerusalem, beliau bersungguh-sungguh menyebarkan ajaran Isa a.s yang sebenar kepada kaum Yahudi. Dalam masa yang sama Farisi iaitu pendeta-pendeta korup Yahudi berpura-pura menyerang beliau dan memusuhi beliau kerana menyebarkan ajaran Isa a.s. Kepura-puraan (bukti bahawa ada muslihat disebalik mengapa Paul menganut ajaran Isa dan Farisi berpura-pura memusuhi beliau lihat Acts 19:27-32, iaitu peluang Farisi boleh membunuh Paul tetapi mereka tidak melakukannya, Kerajaan Rom melindungi beliau, lihat Acts 24:24-26, dan banyak lagi) Farisi memusuhi Paul meningkatkan lagi kemasyhuran beliau dikalangan kaum Yahudi dan kepercayaan mereka terhadap beliau.

Setelah kepercayaan, dan kehormatan diberikan kepada Paul oleh pengikut ajaran Isa serta Hawariun, Paul mula mula menunjukkan siapa diri sebenar beliau. Ketika itu, beliau mula menyeleweng dari ajaran Isa a.s yang sebenar, dan menyeru kaum Yahudi yang mengikut ajaran Isa a.s yang sebenar ke jalan yang sesat. Paul mula mencipta dan membuat pembaharuan terhadap ajaran-ajaran Isa a.s. Beliau memasukkan ideologi serta kepercayaan Greek, Yunani dan pelbagai lagi kedalam ajarannya, dan menyampaikannya kepada pengikutnya.

Semua ajaran-ajaran beliau, mula bertentangan dengan ajaran Isa a.s. Antaranya membenarkan pengikutnya tidak bersunat (bertentangan dengan ajaran Isa Luke 2:21), boleh makan babi (bertentangan dengan ajaran Isa Deutronomy 14:8), menyebarkan ajaran Isa a.s kepada orang-orang bukan Yahudi (Gentile) (bertentangan dengan ajaran Isa Mathhew 10:5-6), serta mengangkat Isa a.s sebagai Tuhan (Sedangkan Isa kata baginda tidak ada kuasa John 5:30, John 20:29).

Walaubagaimanapun, beliau tidak dimusuhi dan diperlakukan apa-apa kerana apa? Kita kena ingat sebelum beliau menyeleweng beliau telah mendapatkan kepercayaan orang ramai, dihormati orang ramai serta beliau mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, orang ramai tidak lagi merujuk kepada ajaran Isa a.s yang sebenar, dan tidak lagi mendapatkan penjelasan dari para Hawariun Isa a.s. Sebab bagi mereka Paul adalah seorang Imam yang dipercayai, jadinya semua kata-katanya adalah benar, walaupun dibawakan kepada mereka bukti-bukti dari ajaran Isa a.s yang sebenar, mereka tetap menafikannya.

Manakala para Hawariun telah dimusuhi kerana cuba membetulkan akidah orang ramai yang mula tersasar. Mereka dibunuh, dan para pengikut ajaran Isa a.s yang sebenar mula bertebaran kerana menyelamatkan diri. Pergaduhan antara pengikut Paul dan para Hawariun juga berlaku, dan keputusannya para Hawariun kalah dan mereka mula mengasingkan diri. Akhirnya muncullah ajaran baru iaitu Kristian, dan Paul-lah yang mengetuai ajaran sesat ini dengan menggunakan Isa a.s sebagai simbol teologi baru mereka.

PERSOALANNYA APA?
Persoalan disini ialah mengapa saya menceritakan kisah Paul dan kisah bagaimana munculnya ajaran Kristian? Persoalan ini sahaja saya timbulkan, untuk mengetahui atau mengetuk hati-hati anda semua, tentang betapa kita Umat Islam sudah mula menampakkan ke arah untuk menjadi seperti kejadian di atas. Lihat sahaja, bagaimana kita memperlekehkan sebahagian Umat Islam yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. “Asyik-asyik dalil, asyik-asyik dalil. Ustaz itu cakap betul, betullah.” Tidakkah kita perasan, bahawa ucapan tersebut persis sepertimana awalnya para penganut ajaran Isa a.s mula menyimpang dari ajaran Isa a.s yang sebenar. Kita mula melebihkan ucapan manusia dari Al-Quran dan Hadith Sahih.

Tidak usah jauh mencari contoh, lihat sahaja bagaimana dalam persoalan akidah kita mudah menerima pandangan ustaz-ustaz tanpa soal selidik. Apabila ditunjukkan kebenaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang Sahih, kita mempertikaikanya dan lebih selesa dengan pandanga ustaz-ustaz. Saya tidak kata ustaz tidak betul, tetapi kadang-kadang kita melebihkan ucapan manusia dari sumber agama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

Jangan biarkan kita juga menjadi seperti penganut ajaran Isa a.s yang menyimpang dari ajaran baginda. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita, dan moga tidak ada Paul dalam ajaran Islam kita pada hari ini. Kalau ada, cepat-cepat cantas dan perbetulkan orang seperti itu. Islam tidak misteri, Islam juga bukan agama fantasi dan magis. Islam agama fakta, Islam agama berteraskan bukti. Islam itu Al-Quran dan Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman para sahabat, tabien, dan tabiut tabien.

dipetik dari www.yusammir.com

24 March 2009

buat yang selalu sakit kepala seperti aku

rifie makin kerap sakit sekarang..lagi teruk dari biasa rasanya....smlm dapat emel ni n rifie nk kongsi dengan sume...

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ? (Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ). ( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . ( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin . (If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah . (Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. ( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly) Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa (You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni.. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh . ( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.. (One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ? (This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang. ( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition...

"Dia dah cuba n dapat hasilnya...rifie pon nk cube..moga dengan izin-Nya berkurang sikit sakit kepala yang rifie tanggung ni...ameen.."

21 March 2009

cuti dah abis

di sini segalanya bermula...

13 March 2009

cuti sekolah...:)

esok dh mule cuti...seminggu rifie dapat stay kat kampung...moga dapat dimanfaatkan seluruh ruang yang ada sepanjang cuti nanti...

11 March 2009

KENALI MUSUH ANDA!

Sebelum berhadapan dengan musuh, kita perlulah mengenali siapakah musuh kita supaya kita dapat mengetahui kelemahannya namun jangan pula sesekali berangan-angan ingin berjumpa dengan musuh kerana Rasulullah melarang yang demikian.

NAMA : Iblis
Kemunculanya : Hari menolak daripada sujud kepada Adam a.s
Negara : Hati-hati yang lalai
Kaum Kerabat : Taghut
Sahabat : Orang munafiq
Tempat yang kekal : Neraka Jahanam
Darjat : Fasiq darjat pertama
Negeri : Yang tidak disebut padanya nama ALLAH(tak berzikir)
Majlis : Pasar-pasar
Musuh : Orang-orang Islam
Suka kepada : Mereka yang tidak mengingati ALLAH
Benci : Mereka yang beristighfar
Kitabnya : Tatoo
Rumahnya : Tandas
Punca Rezeki : Rezei yang haram

Tempat kegiatan : Tempat yang kotor, bernajis dan tempat-tempat maksiat
Khidmat sosial : Menyuruh kepada kemungkaran dan menggalakkannya
Perintah :Kepada kemungkaran
Agama : KAFIR


KENALI MUSUH DURJANA INI kemudian elakkan perkara yang disukainya dan buatlah perkara yang dibenci agar kita terselamat daripada gangguannya.

10 March 2009

cerita tentang lilin

antara keindahan
kasih sayang
kepercayaan
dan harapan
..masing-masing adalah suatu yang amat kita perlukan...
namun,

andai keindahan hilang
kasih sayang pergi
kepercayaan tiada lagi..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N....!!
yang ada dalam hati kita dan diri kita masing-masing..
Semoga dapat menjadi sesuatu
walau dalam situasi apapun
mampu menghidupkan kembali
Keindahan,
Kasih Sayang
dan Cinta
dengan HARAPAN-Nya…!!!






























09 March 2009

selamat hari lahir Rasulullah tercinta

12 Rabiulawwal 1430H...SELAMAT HARI LAHIR BUAT JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW

Baginda pergi meninggalkan pada kita segala ajaran dan kebaikan yang memandu kita menuju keredhaan-Nya...Kita sendiri harus berusaha ke arah itu..bukan orang lain yang memandu diri kita...sSemuanya terletak pada diri sendiri...

Tapi..rifie dh terlalu jauh terpesong dari Dia,rifie terlalu hina...rifie tak pernah cuba berusaha ke arah itu...semuanya bermula tatkala rifie rasa diri ini terlalu payah untuk menghadapi ujian & cubaan yang datang bertimpa-timpa sedangkan semua itu kaffarah atas dosa-dosa yang sudah rifie lakukan...Ya Allah,masihkah ada keampunan buatku??
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

08 March 2009

rifie tahu...kehadiran rifie tak diperlukan di sana...biarlah rifie menyendiri...

kudamba bahagia


dua hati bertaut menjadi satu kini...si gadis,temanku..sang teruna,teman 'teman'ku satu masa dulu...jodoh kalian kuat & tarikh 7 mac 2009 menyaksikan ikatan mereka tersimpul erat...
tahniah a'sah & abg wan..moga kalian kekal bahagia hingga ke hujung nyawa....
aku yang masih mendamba bahagia...saat dikurniakan kekasih hati yang tak pernah mengerti makna kasih...biarlah...biarkan aku terus mendamba bahagia...sendiri...

05 March 2009

aku hamba-Mu yang terlalu kerdil Ya Raabi

..ada kata tak terucap walau dengan bahasa indah;
ada rasa tak terungkap walau dengan seribu madah...
ketika salam terakhir ingin diucapada sejuta satu rasa meresap ini bukanlah kalimah nan berat jua bukan beban nan sarat
namun tentang rasa yang tak terungkapkerana ketidak-sempurnaan ini telah lengkap
maka, apa lagi yang kita harap?

(brad macho)

04 March 2009

mengapa ini terjadi

kenapa mudah hati ini dipermainkan?

03 March 2009

syukur

terluah jua ajakan dari dia akhirnya sebelum sempat aku lelapkan mata penghujung malam ni..syukur..terima kasih Ya Allah...

lena tidurku malam ni..."Allahumma bismika ahya wa amut"....

02 March 2009

gundah gulana

kenapa dengan hati ni,sering rasa tak keruan,buat kesekian kali perasaan seperti ini bertandang lagi,menekan jiwa dan perasaanku...
Ya Allah,bangun dari tidur terus aku bersiap membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan pada-Mu,terus bersiap utk pergi kuliah,dari saat mata terbuka hingga saat ini,dia masih belum bersuara apa2 pada rifie..tak mengapa,mungkin belum ada ruang utk bertegur sapa...terus ke perhimpunan,rifie sendiri,tiada teman yang sudi di sisi berbicara tentang itu ini,tak mengapa,rifie mampu untuk bersendiri,itulah suara hati rifie tiap kali menghadapi situasi seperti ini...dia, bergelak ketawa dengan teman yang lain tanpa mempedulikan aku di sisi...tak mengapalah...hari ni ada perhimpunan sempena watikah perlantikan JPP..alhmdulillah,termeterai sudah sebuah perjanjian...terus ke bilik kuliah...masih sendiri,berdiam sepi...
Ya Allah,aku tak kuat menghadapi ujian sebegini..mengapa takdir yang sebegini Kau tentukan buat-Ku...
sehingga penghujung hari,dia masih sepi,seolah-olah ada kesalahan besar yang telah kulakukan padanya...aku sedar,aku tak setanding untuk bersahabat dengannya...bukan sekadar pipit di hutan malah aku seperti sang gagak yang langsung tak dipandang,malah hanya layak diejek,dihina,dipandang sepi sahaja...
Ya Allah,Kau sahaja yang tahu...beriku kekuatan Ya Allah...walau sedikit...
petang ni,nak keluar pegi bank,pegi pejabat pos n pergi klinik...petang de prjumpaan rumah sukan n malam de perjumpaan ajk blok..syukur Ya Allah,Kau kabulkan permintaanku...untuk memenuhkan masa aku dengan kesibukan ini..sedikit sebanyak melupakan aku pada kekalutan perasaanku sendiri....alhamdulillah...