27 March 2009

AURAT

Tutup Aurat Satu Tuntutan,
Dalam Keluarga Wajib Tekankan,
Kalau Tak Ikut Gunalah Rotan,
Demi Melaksanakan Perintah Tuhan,

Aurat Ditutup Mestilah Lengkap,
Tudung Litup Termasuk Skap,
Mini Telekong Pon Orang Cakap,
Elok Dipandang Tak Payahpun `Make-Up`,

Sekurang-Kurangnya Berbaju Kurung,
Lebih Elok Jubah Mengurung,
Kaki Pula Mesti Besarung,
Ditumit Kaki Syaitan Bertarung,.

Kalau Wanita Menutup Aurat,
Orang Jahat Tak Berani Ngorat,
Bahkan Boleh Menjadi Ubat,
Orang Yang Memandang Boleh Bertaubat.

Pakaian Moden? Memanglah Hebat,
Harganya Mahal Walaupun Ketat,
Walaupun Cantik Tetapi Singkat,
Orang Memakai Pun Nampak Pusat.

Berseluar Ketat Baju Pun Ketat,
Jarangnya Pulak Boleh Dilihat,
Orang Yang Memakai Terus Dilaknat,
Oleh Allah. Rasul Dan Malaikat.

Apa Yang Aneh Bila Dipandang,
Lengan Pendek Tapi Bertudung,
Nampak Seperti Orang Yang Kudung,
Mata Terpandang Kaki Tersadung.

Lagilah Aneh Bila Difikir,
Baju Kebaya Tudung Berukir,
Nampak Dada Iman Terjungkir,
Kain Terbelah Peha Terukir.

Bila Ditanya Kenapa Begitu,
Dia Kata Fesyennya Dah Macam Tu,
Di Dalam Hati Niat Tertentu,
Menggoda Jantan Sudahlah Tentu.

Menutup Aurat Boleh Berfesyen,
Tetapi Jangan Menunjuk Fesyen,
Sesuaikan Diri Ikut Profesyen,
Kalau Laknat Tak Guna Sesen.

Kalau Nak Ikut Nasihat Ini,
Jangan Bertangguh Ubahlah Diri,
Benda Yang Baik Tak Payah Diuji,
Akan Terserlah Akhlak Terpuji.

Kepada Semua Kawan Lelaki,
Jangan Tergelak Wanita Diperli,
Keluarga Kita Tak Terkecuali,
Terutama Sekali Anak Dan Bini.

Sudahlah Kita Tanamkan Iman,
Menutup Aurat Sepanjang Badan,K
esana Kesini Dilindungi Tuhan,
Keluarga Menjadi Contoh Teladan.

Setakat Ini Seloka Ini,
Harap Dapat Menghibur Hati,
Yang Baik Bolehlah Anda Ikuti,
Kalau Boleh Besok Mulai...

0 comments: