22 May 2009

MULIA HATI SEORANG ALIYAH

“ Aliyah, Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"Aliyah yang sedang melipat kain, terdiamseketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,sementelah TV jugadipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,Mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,bangun lantasmenuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuktidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diaturkeluarga hampir 16tahun yang lepasmenghadiahkan dia sebuah keluarga yangbahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah."Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampumemimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicaralunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia dirumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untukke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenangsayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedangmenggilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,alamatnya perang dunia meletus lahjawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.Teringat dia kisah seorang tenterayang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambahcawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat denganQis?" "Takutlah Qis, silapharibulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tuorangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abgfaham," Qistina mengalih pandangannya. Mahuapakah bakal madunya berjumpa dengannya? Diasering disogokkan dengan pelbagai cerita isteripertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hatikecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidakmengetahui ke mana Qistina pergi.Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekianlamanya dia tidak menyibukkan dirinya denganaktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majliskuliah agama. Membaca AlQuran secarabertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yangsering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, diacuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telahterjadi pada hariitu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya sepertibiasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calonmadu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inboxhensetnya. "Qisminta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampulbesar.
************ ********* ********* ********* ****************** *********
**Kepada:Asraf Mukmin,Suami tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarnacokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibukaperlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LagiMaha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, mogaredhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyahjalankan pada Qistina.Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyahseorang calon madu yang begitu cantik.Di siniAliyah kemukakan penilaian Aliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, diamemang mengalahkan Aliyah yang sudah tidaknampak bentuk badan. Baju-bajunya memangmengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyahsayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheretke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkandosa Abg sendiri pun, masih belum termampuuntuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memangpandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abganya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulahpula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudahberubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kitasekeluarga singgah di sebuah restoran westernfood, Abg muntahkan semua makanan westernfood tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikutselera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan lapula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akanmenjadi ibu padazuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan diamampu untuk mengajar anak-anak Abg nantiuntuk menjadi imam dan imamah yang beriman.Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakaitelekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkapsatu persatu,Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Inipenilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapatmembuat penilaian yang jauh lebih baikmemandangkan Abg mengenalinya lebih dariAliyah mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinanberpoligami. Telah siapAliyah tandatangan. Juga sekeping tiketpenerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abgdi Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,ambillah borang ini, isi dan pergilah kepadaQistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telahberada di sawarak. Menunggu Abg...
Aliyahsayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakanQistina masih belum cukup hebat untuk dijadikanisteri Abg, pergilah cari wanita yang setandingdenganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yanghebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaranAbg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri AliyahNajihah bersama-sama hidangan sarapan pagikegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!'Keberanian yg paling benar adalah ketetapan pd hati yg pasti.....'- NAPOLEON BONARPARTE

0 comments: